How to write Chapter 1 for thesis


1. TAJUK
Jika tajuk tidak serasi dengan objektif asas kajian, saya x seronok. SOP penilaian jurnal Q1 juga begitu. Bandingkan tajuk dan objektif asas. 

2. ABSTRACT
Kemudian saya akan baca abstrak, dan banding dengan semua maklumat yang ada seperti objektif kajian, metod, dapatan kajian, novelty, dengan isi kandungan.

3. Chapter one
Bab ini paling penting untuk menentukan calon lepas atau tidak. Mohon calon beri perhatian bab ini.
Latarbelakang kajian ada kaitan tak dengan tajuk, jika lepas selamat. Jika ke laut, stamina nak baca, dah mengurang. termasuk background of apa dan siapa yang hendak dikaji)
Seterusnya isu kajian jelas tak, ada berkait tak dengan permasalahan kajian. Ada tak isu? Ramai calon tidak dapat membezakan antara isu kajian dan permasalahan kajian. ðŸ˜¢
Ada tak permasalahan kajian? Jika tidak ada, sudah tentu calon dalam bahaya...dah ke arah major correction.
Seterusnya ke jurang ilmu. Ada tak jurang ilmu kerana jurang ilmu amat penting untuk menunjukkan novelty kajian. Jika tidak jelas atau tidak ada, maka bye bye.
Ada calon yg membincangkan jurang ilmu dlm chp 1 selepas permasalahan kajian atau dalam bab kajian literatur.
Dua dua boleh diterima.
Selepas itu objektif kajian. Jangan tersilap antara objektif asas dan objektif spesifik.
Jika okay proceed lagi ke justifikasi kajian.
Justifikasi kajian?
Jangan salah faham antara justifikasi kajian dan siknifikan kajian.
Ramai calon tidak bincang justifikasi kajian. Kena bincang kenapa kajian ini dibuat sedemikian rupa.
Contoh tajuk tesis:
Examining the relationship between user satisfaction and manager’s performance in martime industry
Untuk justifikasi kajian, pemeriksa perlu tahu, kenapa:-
1. Relationship
2. User Satisfaction
3. Manager
4. Manager’s performance
5. Maritime industry
Boleh?
Agak malang...
Ramai calon salah faham antara justifikasi dan siknifikan kajian.
Okay lepas tu ke skop kajian. Ramai calon yang membincangkan skop kajian tetapi tak faham cara menulis. Ada yg masukkan objektif kajian, metod etc.
Salah tu. Skop kajian adalah coverage of study.
Lagi menarik, ada calon tulis pasal limitation sebagai skop kajian...
Memang salah...
Limitation tu dlm bab terakhir, dan dikenali sebagai halangan semasa kajian dilakukan manakala skop kajian adalah boundary or coverage of study!
Mohon calon tolong ingat.
Jangan lupa juga bincang definasi sebelum menutup bab pertama.
Akhir sekali organisasi tesis dan penutup.
Jika ada semua ini, InsyaAllah penilai akan baca bab dua-kajian literatur.
Saya ada pengalaman, seorang senior professor dari Jepun...
I stopped reading your thesis...your thesis is not ready...not good!
Terkejut juga saya...begitulah...bila bab satu tidak menarik...
Sebelum menulis tesis, bagus juga calon hadiri bengkel menulis tesis...
Jika anda mahukan bengkel ini, InsyaAllah saya sedia membantu...saya tidak menganjurkan bengkel tetapi sebagai penceramah.
Ilmu Allah, apa salahnya berkongsi bersama...
Semoga semua calon dapat menafaat dari tulisan kerdil ini. Good luck...
Sumber: buku Tips Tips Lulus PhD
Penulis: Profesor Dr Norzaidi Mohd Daud, UiTM
Untuk pesanan sila pm

Comments